Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada yang layak: –
STR Fasa 2
Pada bulan Januari 2023 lalu, pihak Kerajaan telah menyalurkan STR Fasa 1 kepada para penerima dari kategori isi rumah dan bujang. Kadarnya pula adalah sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 untuk bujang.
Bagi pembayaran STR Fasa 2 pula, ia akan melibatkan kategori penerima dan kadar bayaran berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM100
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Tarikh Pembayaran STR Fasa 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu telah mengumumkan agihan STR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat mulai 05 April 2023 (Rabu).
Kaedah pembayaran pula adalah seperti mana sebelum ini iaitu sama ada melalui kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank tidak aftif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.