Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong USAS
PENOLONG PENSYARAH, GRED DS41
- Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
- Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
- Kumpulan : Pengurusan Profesional
- Kadar Upah : RM2,300/sebulan
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan menghantar Surat Permohonan, CV dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan (rujuk hebahan rasmi) ke alamat:
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2023 (JUMAAT).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.