Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga dengan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Bantuan RM800
BMT pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan jumlah sebanyak RM800.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat selama 3 bulan iaitu dengan kadar-kadar berikut:
- Fasa 1 (Januari 2023): RM300
- Fasa 2 (Februari 2023): RM300
- Fasa 3 (Mac 2023): RM200
Penerima Bantuan RM800
Bagi pelaksanaan BMT ini, pihak Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah memperuntukan dana sebanyak RM9.7 juta yang akan memberi manfaat kepada 12,138 penerima.
Penerima itu adalah para peneroka tanaman getah FELDA yang menepati syarat-syarat berikut:
- Mereka yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
- Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
- Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan ini diharapkan dapat membantu para peneroka tanaman getah FELDA dan sekaligus merupakan cerminan komitmen FELDA untuk terus memberikan bantuan secara bersasar kepada kategori peneroka yang terkesan.
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi FELDA – DI SINI.