Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah melalui Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 setiap bulan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan eluan kewangan ini: –
Elaun Sara Hidup RM300
Program Elaun Sara Hidup ini pada asasnya merupakan bantuan bulanan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja (awak-awak) yang layak serta didaftarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Syarat-syarat kelayakan penerimanya adalah:
- Pemilik Vesel Perikanan:
- Memiliki MyKad (Biru);
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
- Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia; atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
- Status subsidi minyak yang aktif.
- Pekerja (Awak-Awak) Vesel Perikanan:
- Memiliki MyKad (Biru);
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
- Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat;
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem e-Pengisytiharan LKIM dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang ditetapkan.
Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit ke akaun penerima yang diluluskan dan layak.
Maklumat lebih terperinci berkenaan inisiatif ini sila baca di Portal Rasmi LKIM – DI SINI.