Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memudahkan urusan para ahlinya, termasuklah membenarkan pengeluaran simpanan sebelum usia 55 tahun.
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang membolehkan pengeluaran KWSP sebelum usia 55 tahun: –
Membeli Rumah
Bagi ahli yang ingin membeli rumah, permohonan pengeluaran dari Akaun 2 boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan dengan pihak KWSP. Rumah yang hendak dibeli itu haruslah berstatus rumah kediaman merangkumi jenis banglo / teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio /apartmen servis/ townhouse/ SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
Membayar Ansuran Pinjaman Perumahan
Perkara ini juga boleh dibuat dengan membuat pengeluaran dari Akuan 2 dari simpanan para ahli. Pengeluaran ini diharapkan boleh membantu ahli membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan selesai.
Membina Rumah
Bagi ahli yang ingin membina rumah pula, pengluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan dengan syarat rumah itu dibina dengan pembelian tanah atau di atas yang dimiliki.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Menunaikan Haji
Bagi ahli beragama Islam dan ingin menunaikan ibadah haji, pihak KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2 sebelum usia 55 tahun. Ia nanti boleh digunakan sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) dan perbelanjaan.
Tujuan Kesihatan
KWSP turut membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2. Pengeluaran itu hendaklah bertujuan membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan.
Bagi yang ingin membuat pengeluaran bagi tujuan-tujuan ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui e-Pengeluaran KWSP.
Senarai penuh pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan panduan membuat pengeluaran boleh dilihat DI SINI.