Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada yang layak: –
STR Fasa 2
Seperti mana yang diketahui, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari lalu dengan jumlah sebanyak RM300 bagi penerima isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Berkenaan dengan pembayaran Fasa 2 pula, ia akan disalurkan dengan kadar berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM200
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM100
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM100
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Belanjawan Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023.
Cara pembayaran pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu sama ada melalui kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank tidak aftif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.