Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya termasuklah BKPKK kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-
Bantuan BKPKK
Bantuan BKPKK atau secara penuhnya Bantuan Kewangan Bagi Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah sebuah bantuan kewangan kepada para pelajar Kolej Komuniti yang layak.
Pemberian bantuan ini melibatkan kadar kewangan sebanyak RM300 setiap bulan untuk dua semester pengajian. Disebabkan satu semester melibatkan tempoh 6 bulan, maka dua semester adalah selama 12 bulan atau setahun.
Bantuan ini akan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,600 setahun.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya bantuan ini boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila lihat DI SINI atau melalui Portal Biasiswa KPM – DI SINI.