Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam
- PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
- Gaji: RM1,494 – RM5,674
- PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G29
- Gaji: RM1,494 – RM5,674
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENGAWAS HUTAN G19
- Gaji: RM1,357 – RM4,008
- JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 22 FEBRUARI 2023 (RABU) jam 11.59 malam.