Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MAIK
PEGAWAI MASJID MUKIM MASJID MAIK
- IMAM MUDA
- Elaun: RM1,000 – RM1,350
- IMAM TUA
- Elaun: RM1,150 – RM1,850
- BILAL
- Elaun: RM700 – RM800
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (bagi jawatan Bilal) dan 25 tahun ke atas (bagi jawatan Imam) pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MAIK secara lengkap dan dihantar ke alamat:
Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
(u.p: Bahagian Penradbiran Masjid)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 21 FEBRUARI 2023 (SELASA).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.