Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Am Persekutuan & Negeri
Bantuan Am Persekutuan melibatkan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga RM350 kepada mereka yang layak.
Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat-syarat Kelayakan
Bantuan Am Persekutuan
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Am Negeri
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan ketika mengemukakan permohonan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Laman Web Rasmi JKM – DI SINI.