Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila Bantuan Kewangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada mereka dari keluarga B40 dan M40.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan Kewangan Asasi pada asasnya merupakan bantuan para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat-Pusat Asasi Universiti Awam.
Pelajar akan layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian dengan pecahan berikut:
- Elaun Wang Saku sebanyak RM 2,500setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan sebanyak RM1,420 setahun
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Permohonan Bantuan RM600 ‘one-off’ akan ditutup minggu depan: Syarat-syarat & cara mohon
- Cara memohon Bantuan Suri Emas RM100 secara ‘one-off’: Pembayaran dibuat pada tahun ini
Cara Memohon
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Ia seterusnya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.