Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pungutan Zakat MAIWP kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- PENOLONG EKSEKUTIF KEWANGAN
- EKSEKUTIF PEMBANGUNAN WEB DAN APLIKASI
- EKSEKUTIF
- KERANI AM
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Jabatan Perikanan Malaysia buka pengambilan jawatan terkini: Tawaran gaji RM1,700 – RM1,900
- Pengambilan jawatan kosong pentadbiran dibuka di UMP: Gaji dari RM1,549 hingga RM9,620
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan hendaklah dibuat dengan menulis permohonan lengkap beserta gaji yang dimohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat:
Unit Sumber Manusia Pusat Pungutan Zakat MAIWP WIsma PPZ 68-1-6, Dataran Shamelin Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa 56100 Kuala Lumpur atau ke e-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 27 JANUARI 2023 (JUMAAT).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.