Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah sebelum ini pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program yang membenarkan para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka.
Ia melalui program seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah sebanyak RM101 bilion dan melibatkan 7.34 juta pencarum.
Benarkan Pengeluaran KWSP RM10,000
Dalam perkembangan terbaru, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) nampaknya muncul dengan menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan pengeluaran KWSP maksimum RM10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.
Perkara itu disuarakan oleh Naib Presiden parti itu, Baljit Singh yang menganggapnya boleh membantu dalam mengurangi beban rakyat.
“Realitinya masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada peminjam bank yang risau Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan naik tahun ini,” katanya seperti dilaporkan media.
Oleh itu, pihaknya mencadangkan supaya Kerajaan Pusat untuk berunding dengan KWSP bagi pengeluaran itu.
“Saya cadangkan kerajaan boleh membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat. Contohnya pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksimum dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50 peratus daripada jumlah baki sedia ada,” ujarnya,” tambahnya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Tunai RM250 dibayar pada 16 Januari ini: Berikut adalah senarai mereka yang layak
- Kerajaan negeri setuju teruskan Bantuan SMUE/SMIS sebanyak RM150 & RM500: Ini cara mendaftar
Turut menyokong cadangan itu adalah Persatuan Disiplin dan Kaunseling Kebangsaan yang menyerahkan memorandum pengeluaran KWSP 2.0 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Wakil netizen dari persatuan berkenaan, Jannahtul Ain Jaafar desakam itu dibuat sebagai salah satu cara mengatasi masalah kewangan rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang semakin meruncing disebabkan peningkatan kos sara hidup.
Sumber: KOSMO & MalaysiaGazette.