Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Banjir Zakat Selangor, sebanyak RM600 yang diperkenalkan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Syarat-syarat Umum Kelayakan
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap;
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.
Bantuan ini diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Cara memohon Bantuan Am Negeri & Persekutuan dari RM100 hingga RM350 setiap bulan
- Bantuan RM100 setiap bulan kepada keluarga B40 yang ada anak di taska: Ini cara memohonnya
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal LZS Peduli.
Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen seperti laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat, salinan kad pengenalan dan no akaun bank berdasarkan kategori pemohon.
Pemohon turut perlu memastikan:
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran;
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama;
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.
Kepada yang telah diluluskan permohonannya, pembayaran akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.
Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023 (Selasa).
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan zakat ini, boleh dilihat di Portal Rasmi LZS – DI SINI.