Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Am Negeri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan Am Persekutuan
Bantuan Am Persekutuan ini diperkenalkan sebagai bantuan yang diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Jumlah yang ditetapkan adalah minimum RM100 dan maksimum RM350 sebulan berdasarkan kelayakan masing-masing.
Syarat-syarat utama Bantuan Am Persekutuan adalah:
- Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Am Negeri
Bantuan Am Negeri juga mempunyai objektif sama dengan Bantuan Am Persekutuan iaitu bagi ,embantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.
Namun begitu, jumlah bantuan yang ditetapkan pula berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
Kriteria kelayakan khusus bantuan ini adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Baca juga:
- Bantuan RM100 setiap bulan kepada keluarga B40 yang ada anak di taska: Ini cara memohonnya
- Berikut cara buat semakan & mendapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian (online)
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Bagi melancarkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.