Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong UniSZA
PENDAFTAR – GRED VU7
- Jadual Gaji: RM7,676 – RM20,592
- Taraf Lantikan: Tetap/Peminjaman/Kontrak
- Tempoh Lantikan: Tidak melebihi 3 tahun untuk setiap lantikan dan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Jabatan Kimia Malaysia buka pengambilan banyak jawatan kosong: Jadual gaji RM1,505 – RM5,696
- Temuduga Terbuka pelbagai jawatan kosong di POS Aviation: Tawaran gaji RM1,500 – RM3,000
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan ‘Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport ke alamat:
Pendaftar
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
E-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 5 JANUARI 2023 (KHAMIS), jam 12 tengahari.
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.