Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 melalui Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang berkelayakan.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Penerima Bantuan RM700 & RM350
Menurut kenyataan Kerajaan pada bulan Ogos lalu, pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM700 ini akan diberikan kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah.
Manakala, RM350 pula diberikan kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen. Semua pembayaran ini akan membabitkan implikasi kewangan kepada sebanyak RM1.3 bilion.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Zakat RM600 kepada mereka yang terjejas banjir: Permohonan dibuka sehingga 31 Jan 2023
- Senarai penerima Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200 yang dibayar pada bulan ini
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan, ia akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Melaka turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada para penjawat awam negeri berkenaan.
Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan ini, manakala penjawat awam juga akan menerima bantuan khas kewangan setengah bulan gaji yang mana pembayarannya akan dibuat dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.
Rujukan: BH Online & Astro Awani.