Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Tunai Rakyat yang diteruskan oleh pihak Kerajaan untuk tahun hadapan seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 akan diawalkan pada bulan Januari 2023 tahun hadapan, dengan kadar sebanyak RM300 untuk isi rumah dan RM100 untuk kategori bujang.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Anwar ketika pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Kewangan RM100 – RM350 setiap bulan: Ini cara memohon Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Zakat RM600 kepada mereka yang terjejas banjir: Permohonan dibuka sehingga 31 Jan 2023
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga setuju meneruskan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah turut akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan RM350 kepada satu juta pesara Kerajaan.
Sementara itu, pihak Kerajaan setuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa pada bulan hadapan (Januari 2023).
Sumber: Astro Awani.