Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM600 secara ‘one-off’ melalui Bantuan Zakat Selangor Peduli.
Bantuan ini pada asasnya diwujudkan bagi menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam (selain asnaf fakir, miskin dan muallaf) yang terjejas akibat banjir.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Syarat-syarat Kelayakan
- Beragama Islam;
- Warganegara atau pemastautin tetap (PR);
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang satu tahun atau lebih. Pemohon yang menetap kurang dari setahun boleh dipertimbangkan untuk memohon bantuan ini.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan Bina & Baiki Rumah untuk golongan B40 diteruskan tahun depan: Ini cara memohonnya
- Cara memohon Bantuan Kewangan BAP RM250 hingga RM500 yang dibayar setiap bulan
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan zakat RM600 ini boleh dibuat dengan tatacara berikut: –
Permohonan Fakir, Miskin dan Muallaf:
- Permohonan secara individu (ketua keluarga);
- Permohonan melalui portal BANTUAN BANJIR ONLINE sahaja;
- Memuat naik dokumen: Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat DAN Penyata akaun bank (sekiranya berubah)
Pemohon Bukan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf:
- Permohonan secara individu (ketua keluarga);
- Permohonan melalui portal BANTUAN BANJIR ONLINE sahaja;
- Memuat naik dokumen: Mykad ketua keluarga dan tanggungan, Laporan polis/pengesahan pimpinan masyarakat, Penyata akaun bank.
Selepas permohonan dibuat, status permohonan boleh disemak melalui portal dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Permohonan bantuan ini dibuka bermula pada 21 November 2022 sehingga 31 Januari 2023.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan permohonan boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.