Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Program Bantuan Bina dan Baiki Rumah Kerajaan Prihatin dari Kerajaan Negeri Selangor. Malah, melalui Belanjawan 2023 – Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM 3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2 juta berbanding peruntukan tahun ini sebanyak RM1 juta.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Kaedah Pelaksanaan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah
- Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
- Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun;
- Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun;
- Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan;
- Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU);
- Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;
- Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya;
- Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;
- Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan;
- Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan;
- Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan;
- Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki;
- Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir;
- Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan;
- Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);
- Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin;
- Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan;
- Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Cara memohon Bantuan Kewangan BAP RM250 hingga RM500 yang dibayar setiap bulan
- Bantuan BMT RM600 dibayar pada November & Disember ini: Berikut senarai penerima yang layak
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan program bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Dimaklumkan juga bahawa setiap keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.