Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Koko Malaysia (LKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Koko Malaysia
PEGAWAI PENYELIDIK – GRED Q41
- Klasifikasi Perkhidmatan: Penyelidikan dan Pembangunan (Q)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- Kekosongan: 5
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Banyak jawatan kosong perkhidmatan awam ditawarkan di MDLG: Jadual Gaji sehingga RM5,678
- Pengambilan jawatan kosong di Amanah Raya Berhad: Tarikh tutup permohonan 10 Disember 2022
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan LKM.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (serperti, kad pengenalan, sijil lahir, dan lain-lain) yang disahkan.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.