Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila Bantuan Kewangan Asasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada mereka dari kelompok B40 dab M40.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Kadar Bantuan Kewangan Asasi
Bantuan ini diberikan kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Pusat-Pusat Asasi Universiti Awam dengan jumlah sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.
Pecahan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:
- Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun;
- Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun;
- Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah warganegara Malaysia;
- Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
- Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya;
- Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk beli barang keperluan: Cara memohon & senarai penerima
- Senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Kerajaan RM300 – RM1,500 yang dibayar pada bulan ini
Cara Memohon
Dimaklumkan bahawa pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Pemohon kemudiannya perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen-dokumen tawaran berikut:
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran;
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Ia seterusnya perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.