Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah i-Sejahtera yang merupakan sumbangan penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berbentuk kewangan secara setahun sekali dan ‘one-off’.
Senarai program bantuan di bawah i-Sejahtera
Bayaran sekali setahun
- Program Penghargaan Warga Emas: RM200
- Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
- Program Suri Emas: RM100
- Program Bantuan OKU: RM200
Bantuan secara ‘one-off’
- Program Anak Emas: RM200
- Khairat Kematian: RM1,000
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Bantuan SMIS RM150 & RM500 bermula tahun depan: Ini senarai mereka yang layak memohon
- Panduan membuat pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian sebelum usia 55 tahun
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal i-Sejahtera dengan tatacara berikut:
- Layari Portal Rasmi i-Sejahtera;
- Klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
- Masukkan nombor Kad Pengenalan;
- Semak No Kad Pengenalan;
- Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
- Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan;
- Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen-dokumen sokongan;
- Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Berkenaan dengan pembayaran, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Maklumat lebih teliti berkenaan dan permohon i-Sejahtera boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.