Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Inisiatif-inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran simpanan sebelum berusia 55 tahun bagi tujuan membayar pinjaman atau membina rumah.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pengeluaran KWSP ini: –
Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Syarat-syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
- Umur bawah 55 tahun;
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
- Telah membeli/membina rumah kediaman;
- Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut;
- Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran;
- Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan;
- Permohonan dibuat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya;
- Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Membina Rumah
Untuk membantu para ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.
Syarat-syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara;
- Umur bawah 55;
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2;
- Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut;
- Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan atau pembiayaan sendiri;
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan;
- Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.
Baca juga:
- Mereka berpendapatan bawah RM5,000 boleh mohon Bantuan Bil Air Percuma sampai tahun 2024
- Kerajaan setuju bayar Bantuan Khas Kewangan RM1,500 bulan depan: Senarai penerima yang layak
Cara Membuat Pengeluaran
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat pengeluaran KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP dengan langkah berikut:
- Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli);
- Pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)
- Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkanTransaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
- Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan / Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
- Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).
Akan tetapi, sebelum permohonan diluluskan – pemohon perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman CIJ bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua tujuan ini, ia boleh dirujuk DI SINI (Bayar Pinjaman Perumahan) dan DI SINI (Bina Rumah).