Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
KETUA PENOLONG PASUKAN KAJIAN GRED 52
- Kementerian: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Pasukan Interim Lembaga Ruminan Negara
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM5,753 – RM12,354
- Kadar Kenaikan Tahunan: RM290
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MAFI dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Curriculum Vitae / Resume;
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan;
- Salinan Sijil Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Ph.D.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Blok 4G1, Wisma Tani
No.28, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA
(u.p.: Puan Rahmah binti Abdul Rahman)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 05 DISEMBER 2022, ISNIN.
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh didapati – DI SINI.