Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menaikkan salah satu bantuan kewangannya bagi memberikan penghargaan kepada mereka yang berkelayakan.
Ia dengan menaikkan bayaran Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) bagi perkahwinan kali pertama dari RM200 kepada RM250 bermula pada tahun ini.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan IKPP ini: –
Syarat-syarat Kelayakan IKPP
- Anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN);
- Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
- Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Baca juga:
- Senarai Mereka Yang Lang Layak Dapat i-Bantuan RM150
- Senarai Semak Dokumen-dokumen Yang Perlu Untuk Mohon Bantuan RM200 Dari LZS
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan IKPP, permohonannya boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonann IKPP secara lengkap dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:
- 2 Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan pemohon (MyKad);
- 1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
- 2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia seterusnya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Dimaklumkan juga bahawa mereka dalam senarai ini tidak layak untuk menerima IKPP:
- Poligami;
- Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah);
- Nikah tanpa kebenaran;
- Kedua pasangan bukan asal Pahang;
- Pendapatan lelaki melebihi RM5,000.
Maklumat lebih terperinci berkenaan IKPP sila baca di Portal Rasmi e-Munakahat Pahang DI SINI.