Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Persaingan Malaysia
- PEGAWAI KHAS KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)
- Gaji: RM5,122 – RM11,637
- PENOLONG PENGARAH GRED 41
- Gaji: RM2,083 – RM9,549
- PEMBANTU PENYELIDIK
- Gaji: RM3,000
Syarat-syarat Kelayakan MyCC
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Gardenia Bakeries Buka Pengambilan Banyak Jawatan Untuk November 2022
- Pengambilan Besar-besaran Di MBSA Bagi November 2022
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Pemohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MyCC.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 20 NOVEMBER 2022, AHAD.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.