Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya Bantuan RM300 yang dibayar pada tahun ini.
Bantuan itu adalah melalui sumbangan kewangan di bawah RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).
Bantuan ini merupakan sebuah inisiatif Kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dalam menghadapi musim tengkujuh yang akan melanda negara setiap penghujung tahunnya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan Bantun RM300
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja);
- Hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Cara Memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM2,500 Untuk B40 & M40 Secara Online
- Kerajaan Setuju Beri Bantuan Khas Kewangan RM700 ‘one-off’
Pembayaran Bantuan RM300
Pembayaran BMT akan melalui dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022. Jumlah setiap fasa pula adalah sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan RM600.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dilaksanakan dengan cara pemindahan terus ke akaun bank penerima atau secara Electronic Fund Transfer (EFT).
Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat DI SINI dan maklumat lebih teliti berkenaanya boleh dirujuk DI SINI.