Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan dan meringankan kos sara hidup serta beban rakyat berpendapatan rendah.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 4: –
Kadar BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
-
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
-
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
- BKM Fasa 4: RM150
Tarikh Pembayaran
Pembayaran BKM Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022 yang juga merupakan fasa terakhir untuk tahun ini.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan jumlah kelulusan BKM 2022, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi BKM.
Maklumat lebih teliti berkenaan BKM juga boleh dibaca di portal sama – DI SINI.