Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEGAWAI PERTANIAN G41
- Gaji: RM2,084 – RM9,551
- PENOLONG JURUTERA JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PEMBANTU AWAM/OPERATIF H11
- Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan PSM dengan lengkap serta dilampirkan bersama CV, Salinan Sijil Akademik dan Salinan Kad Pengenalan.
Pemohon juga perlu menulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN STADIUM MALAYSIA Aras 1, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Atau ia juga boleh dihantar ke alamat e-mel: [email protected].
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.