Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (MDA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
PEGAWAI SAINS GRED C41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,317 – RM9,620
- Kenaikan Tahunan: RM225
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah mengisi Borang Permohonan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di hebahan rasmi.
Tulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas resume dan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat “PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI SAINS C41 COS”.
Hantar permohonan ke alamat berikut:
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN (SUMBER MANUSIA) PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ARAS 6, PRIMA 9, PRIMA AVENUE II, BLOK 3547, PERSIARAN APEC, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 18 OKTOBER 2022, SELASA (3 PETANG).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.