Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bahasa & Putaka (DBP) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN/OPERASI GRED N19
- Taraf Perkhidmatan: Kontrak (Personel MyStep)
- Tempoh Kontrak: 1 November 2022 – 30 Jun 2023
- Kadar Upah: RM1,600 sebulan
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO
- Bilangan Kekosongan: 25 kekosongan jawatan
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong DBP yang boleh didapati di Portal Rasmi DBP.
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dibawa bersama dokumen-dokumen (asal dan salinan) berikut semasa sesi temu duga:
- Kad Pengenalan;
- Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan);
- Gambar berukuran pasport (ditampal bersama borang permohonan);
- Sijil akademik, kokurikulum dan kursus yang lain (sekiranya ada).
Makumat Temuduga adalah seperti di bawah:
- Tarikh: 18 Oktober 2022, Selasa
- Masa:
- Sesi Pertama: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
- Sesi Kedua: 2.15 petang – 5.00 petang
- Tempat: Bilik Mesyuarat di DBP Hulu Kelang
- Pakaian: Berpakaian kemas dan formal serta berkasut
Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel.
Maklumat rasmi kekosongan dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.