Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya adalah melalui Belanjawan 2022 yang memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Buat ketika ini, pembayaran BKM telah pun sampai ke Fasa ke 3 dengan selesai pembayarannya pada bulan September lalu. Makanya, pembayaran BKM Fasa 4 akan menyusul dan ia juga merupakan pembayaran terakhir BKM bagi tahun 2022.
Berikut adalah maklumat berkenaan BKM Fasa 4:
Kadar BKM Fasa 4
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak lebih 3: RM300
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5,000
- BKM Fasa 4: RM150
Tarikh Pembayaran
Dimaklumkan bahawa pembayaran BKM Fasa 4 akan dilaksanakan pada akhir tahun ini iaitu Disember 2022.
Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Bagi tujuan semakan kelayakan dan kelulusan, ia boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi BKM – DI SINI.