Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J48
- Gaji: RM5,208 – RM11,766
- PEREKA B29
- Gaji: RM1,499 – RM5,679
- EMBANTU PENILAIAN W19
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan boleh dilaksanakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan melampirkan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung.
Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat (nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat):
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 06 OKTOBER 2022, 4.30 petang.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI dan Borang Permohonan jawatan DI SINI.