Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, sebelum ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.
Ia sekaligus menjadi kesinambungan pengeluaran-pengeluaran sebelum ini iaitu melalui i-Sinar i-Lestari dan i-Citra. Namun begitu, oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, terdapat cadangan agar Pengeluaran KWSP 2.0 diperkenalkan.
Maklumat Penuh Cadangan
Pengeluaran khas KWSP 2.0 ini amat diperlukan golongan B40, M40, mereka yang diberhentikan kerja dan ibu tunggal di seluruh negara. Berikut adalah syarat pengeluaran yang dicadangkan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR):
- Bagi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak aktif lagi mencarum, kita berharap mereka dibenar mengeluarkan semua simpanan persaraannya.
- pencarum B40 dan M40 yang masih aktif mencarum berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 sepatutnya dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada akaun berkenaan.
- Bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2
Hubungi KWSP
Jika anda ada soalan yang perlu jawapan atau pujian yang anda ingin sampaikan? Sila gunakan borang di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us, semua komen dan cadangan dialu-alukan.
Saluran lain untuk menghubungi kami
- Telefon: 03 – 8922 6000
- Faks: 03 – 8922 6222
- Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang (Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)