Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Kewangan Dari KWSP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Bantuan Kewangan Dari KWSP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia
- Sumbangan Kerajaan sebanyak RM480/setahun;
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
- Menerima dividen tahunan KWSP;
- Bantuan Kematian: RM2,500;
- Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai usia 55 tahun;
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Cara Mendaftar
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran insentif ini boleh dibuat melalui Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan membawa dokumen pengenalan diri.
Bagi yang telah mendaftar, caruman boleh dibuat oleh diri sendiri (isteri) atau suami kepada pasangan yang layak.
Berkenaan dengan kaedah caruman pula, ia boleh dilaksankan dengan pelbagai saluran iaitu:
- Perbankan Internet;
- Kaunter Ejen Bank;
- Ejen Bank Berdaftar;
- Kaunter KWSP.
Maklumat lanjut berkenaan insentif ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.