Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan TBTP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Kewangan TBTP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Pemberian bantuan kewangan mengikut hektar:
*Bantuan peringkat tanaman 71 -120 hari
**Bantuan peringkat tanaman 1-70 hari
Jumlah maksimum bantuan kepada pesawah yang layak adalah terhad kepada keluasan sebanyak tiga (3) hektar sahaja.
Syarat Kelayakan
- Petani dan pengusaha padi yang mengerjakan sawah di dalam dan di luar jelapang padi negara.
Cara Memohon Bantuan
Semua permohonan oleh pesawah perlu dikemukakan dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal TBTP (Jabatan Pertanian) sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk TBTP (Bahagian Pembangunan Industri Padi, MAFI) untuk pertimbangan dan kelulusan.
Petani/ Pengusaha tanaman padi boleh merujuk Pejabat Pertanian Daerah yan terdekat bagi melaporkan kejadian bencana dan membuat permohonan Tabung Bencana Tanaman Padi.