Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah EPB RM400 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program EPB RM400 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Bantuan Elaun RM400 akan diberikan kepada yang layak
Cara Bayaran
Sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
Syarat Kelayakan
- Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
- Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
- Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs
- Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan
- Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022.
Cara Memohon
Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau
AppStore bagi pengguna peranti iOS.
NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.