Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah melalui inisiatif Rumah Mampu Milik yang dikenalkan di negeri-negeri Malaysia.
Selaras dengan usaha itu, Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Berharga RM80,000 di Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban, Negeri Sembilan telah dibuka untuk permohonan. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan;
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja;
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin;
- Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah;
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan.
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Rumah Mampu Milik ini hendaklah dibuat seperti mana yang dimaklumkan di hebahan rasminya.
Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB);
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang);
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB);
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang);
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB);
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang);
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang);
- Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji);
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA).
Permohonan ini dibuka dari 13 Jun hingga 25 Jun 2022.
Bagi hebahan rasminya, ia boleh dilihat DI SINI dan permohonan atas talian boleh dilaksanakan DI SINI.