Pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan, bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Antara bantuan-bantuan itu termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan MAIJ melibatkan jumlah sebanyak RM300 sehingga RM1,000 kepada yang berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan ini: –
Bantuan Kewangan MAIJ
Bantuan yang diperkenalkan MAIJ ini adalah sebuah skim bantuan zakat kepada para pelajar yang mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara pada peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester pertama. Jumlah bantuan adalah dengan pecahan berikut:
- Sijil: RM300
- Diploma: RM500
- Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia beragama Islam;
- Anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor;
- Bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya lima tahun;
- Mendapat surat tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan;
- Pendapatan per kapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga);
- Terbuka untuk kemasukan pendaffaran semester pertama sahaja.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), permohonan bantuan ini boleh dibuat seperti yang disebut di hebahan rasmi MAIJ.
Bagi setiap permohonan, pemohon dikehendaki mengemukakan secara atas talian di sistem yang ditetapkan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan.
Permohonan bantuan ini dibuka dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2022, iaitu selama sebulan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila rujuk DI SINI, dan permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di SISTEM INI.