Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Saguhati RM300 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Saguhati RM300 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM200, jumlah ini dinaikkan kepada RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).
Syarat Kelayakan
- Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang
Tujuan Bantuan
Ia boleh digunakan untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut dinaikkan bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri ini yang masih rendah.
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan pada 2020, kelahiran bayi Pahang adalah 25,279 orang setahun.
Cara Memohon Bantuan
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi Kerajaan Pahang : https://www.pahang.gov.my/
- Telefon : 09-512 6600
- Facebook: Kerajaan Negeri Pahang