Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Skim Agihan Pelajaran Serta Merta oleh MAIPs yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Skim Agihan Pelajaran Serta Merta oleh MAIPs yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
- Ijazah/Sarjana/PhD (Luar Negara): RM2,500
- Ijazah/Sarjana/PhD (Dalam Negara): RM2,000
- Diploma: RM1,700
- Sijil/Matrik/Asasi: RM1,200
Syarat Kelayakan
- Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan melengkapi syarat berikut :
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia beragama Islam dan tinggal di Perlis;
- Pusat pengajian tinggi bagi kursus yang dipohon atau yang sedang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Kursus yang dipohon adalah yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
- Telah mendapat tempat / tawaran / sepenuh masa dan tidak bekerja
- Disahkan pendaftaran pengajian
- Permohonan tidak melebihi tempoh 6 bulan selepas tempoh surat tawaran dikeluarkan
- Berumur 18 tahun ke atas
Cara Agihan
Pihak MAIPs akan memberikan agihan melalui pembayaran secara debit kepada akaun pemohon.
Cara Memohon
Untuk yang layak dan ingin memohon, anda perlu lawati pautan rasmi berikut: KLIK SINI