Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan iBita yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Kewangan iBita yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
- Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
- Politeknik Malaysia = RM300.00
Tarikh Permohonan Dibuka
- Tarikh permohonan atas talian bagi peringkat Diploma pada tahun ni adalah bermula pada 1-30 Jun 2022
- Tarikh permohonan atas talian bagi Peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah pada 1-30 September 2022
Syarat Kelayakan
- Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/ .
- Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
- Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang
- Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA
Untuk mengetahui dokumen-dokumen yang diperlukan boleh lawati pautan berikut: KLIK SINI
Cara Memohon Bantuan
Bagi mereka yang layak dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut: KLIK SINI