Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah i-Perantau yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai i-Perantau yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
- RM400 – Kategori A (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500)
- RM250 – Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000)
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://linktr.ee/jawatan_bantuan
Tarikh Bantuan Dikreditkan
Pengagihan bantuan i-Perantau kepada mereka yang layak akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri bulan depan atau Jun
Apakah Bantuan i-Perantau?
i-Perantau adalah bantuan khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk anak Perantau yang layak. Bantuan kepada anak negeri ini yang merantau ke negeri lain terutama di sekitar Lembah Klang, Hanafiah berkata, kerajaan memperuntukkan RM1.5 juta untuk menyalurkan bantuan dana khas secara sekali bayaran kepada golongan terbabit.
Cara Memohon Bantuan
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Maklumat permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu dan rujuk Wakil Sekretariat Perantau Mengikut Negeri melalui lampiran di bawah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia melalui talian:
- 011- 517 54 924
- 011 – 517 54 969