Sebenarnya terdapat pelbagain jenis bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia juga adalah sebagai salah satu usaha di pelbagai jenis perancangan di bawah Bajet 2022 di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan dan tarikh-tarikh pentingnya bagi bulan Mei 2022: –
Rayuan BKM 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan bersasar di bawah Bajet 2022 yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Bagaimanapun, terdapat mereka yang tidak diluluskan permohonan mereka atas pelbagai faktor.
Bagi memberi keadilan kepada yang tidak diluluskan permohonnya, pihak kerajaan telah membuka Permohonan Rayuan BKM selama sebulan iaitu dari 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
Bantuan E-Tunai RM150
Bantuan ini juga diperkenalkan di bawah Bajet 2022 – bagi meringankan beban kewangan golongan belia, serta menggalakkan transaksi tanpa tunai. Bantuan e-Pemula sebanyak RM150 ini terbuka kepada para belia yang berumur antara 18 – 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Tuntutan kredit e-tunai ini dibuka dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan ia boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
Bantuan RISDA RM600
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibuka dari 05 Mei sehingga 15 September 2022. Pembayaran BMT akan dibuat sebanyak dua fasa (dengan RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022 nanti kepada yang layak.
Bantuan Tablet Percuma
Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan PerantiSiswa 2022 iaitu sebuah Bantuan Tablet Percuma – kepada para mahasiswa daripada keluarga B40.
Syaratnya adalah mahasiswa berkenaan hendaklah berasal dari isi rumah yang pendapatan RM4,850 dan ke bawah dan sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda. Permohonannya boleh dibuat di portal rasmi PERANTISISWA KKMM – DI SINI.