Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Keluarga (BKM) Fasa 2 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai BKM Fasa 2 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan BKM Fasa 2
Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400 bagi kategori yang layak.
Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja
Kategori Penerima Yang Layak
A) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
- 0 anak : RM200
- 1-2 anak : RM300
- 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000:
- 0 anak : RM100
- 1-2 anak : RM100
- 3 anak dan lebih : RM100
B) Kategori Isi Rumah (Berkahwin) – 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 ke bawah:
- 0 anak : RM200
- 1-2 anak : RM300
- 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000:
- 0 anak : RM100
- 1-2 anak : RM100
- 3 anak dan lebih : RM100
C) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak)
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000:
- 1-2 anak : RM300
- 3 anak dan lebih : RM400
Pendapatan Isi Rumah RM 2500 – RM5000:
- 1-2 anak : RM100
- 3 anak dan lebih : RM100
D) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal Tidak Mempunyai Anak – 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM5000: RM150
Tarikh Bayaran
Tarikh pembayaran adalah pada Jun 2022
Cara Semak Kelayakan
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk
- Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.
- Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
- Klik Teruskan
- Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
- Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
- Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan