Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Bantuan BKBJ yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BKBJ yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Antara Inisiatif Bantuan BKBJ
- Inisiatif i-Berkat: Bakal membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan dana RM1 juta diperuntukkan. Di bawah skim ini, penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar.
- Insentif mesra PPR: Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022 kepada 11,511 penyewa membabitkan peruntukkan RM22.25 juta.
- Insentif mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK): Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi tahun 2022 kepada 3,020 penyewa dengan melibatkan dana sebanyak RM 3.95 juta
- Bantuan Raja Sehari: Bantuan RM1,000 akan diberikan kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM10 juta.
- Bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana sebanyak RM800,000.
- Bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000
- Bantuan geran kepada Dewan Muda Johor sebanyak RM200,000
Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat permohonan boleh pergi ke pautan berikut: https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor
Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKBJ, anda boleh menghubungi seperti maklumat yang tertera di bawah:
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 4,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri
No tel: 607-266 6355 / +607-266 6365