Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang terbaru adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) atau Pemberian Bonus yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan tersebut yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Terdapat 3 kategori kadar bantuan iaitu:
- RM200
- RM300
- Setengah bulan gaji atau minimum RM1,200
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kategori Pekerja Yang Menerima Bantuan Ini
- RM200 akan diberikan guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam di negeri Pulau Pinang
- RM300 akan diberikan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.
- Bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang, PBT & Badan Berkanun Negeri
Tujuan Bantuan Diberikan
Tujuan Kerajaan Pulau Pinang memberikan Bantuan Kewangan Khas (BKK) atau pemberian bonus ini adalah sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini kepada yang terlibat.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat berikut:
PEJABAT YAB. KETUA MENTERI, TINGKAT 28, KOMTAR, 10503 PULAU PINANG
Telefon: (P) 04-2614424 / 04-6505112
Fax : 04-2613003
Email : [email protected]