Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai BKK yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan Khas Kewangan
Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Hari Raya Aidilfitri.
Syarat Kelayakan
- Semua penjawat awam negeri Johor
- Kakitangan di bawah skim ‘Contract Of Service’
- Kakitangan di bawah skim ‘Contract For Service’
- Pegawai sambilan harian
- Lantikan di bawah MySTEP.
Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja
Cara Bantuan Disalurkan
Pembayaran BKK ini akan dibuat pada 28 April. Semakan kelayakan bayaran BKK boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.
Tujuan Bantuan
Pemberian BKK bertujuan meringankan beban kewangan penjawat awam negeri sebagai persediaan menyambut lebaran tahun ini.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi berdasarkan maklumat di bawah:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Aras 1,
Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor
Talian Am: +607 266 6070 / +607 266 6071
Faks: +607 290 9022 / +607 290 9955