Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Dana Raya/Bantuan I-Fitri 2022 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Bantuan Dana Raya yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan Dana Raya
Terdapat dua ketegori penerima Bantuan dana Raya:
- Pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM2,500 akan menerima RM400
- Penerima bantuan kategori B yang memperoleh pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima sebanyak RM250
Syarat Kelayakan
- Rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini
- Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Berpendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A
- Berpendapatan isi rumah bulanan RM2,501 hingga RM5,000 untuk kategori B.
Cara Bantuan Disalurkan
Pembayaran dibuat secara tunai bermula 17 April di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi berdasarkan maklumat di bawah:
Nama Jabatan : PEJABAT MENTERI BESAR
Alamat : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU, TINGKAT 16, WISMA DARUL IMAN
20502 KUALA TERENGGANU
Emel Jabatan : [email protected]. my
No. Telefon : 096231957
No. Fax : 096233612